Preface

Salam, may peace be with you...I am a BIRTH JUNKIE! And this is my space where I share with you relative information regarding pregnancy and childbirth. This is MY personal space where YOU are welcome to be. All information shared be it in writing or graphic, is MY PERSONAL SHARING based on MY best of knowledge and experience in life. Therefore, it can be changed at any point of time to make it relevant and current. Whatever actions or reactions that YOU may take after being here, are YOUR SOLE RESPONSIBILITY. May this space is blessed by The Creator to be the platform of enlightenment & self development; may waves of positive vibes reverberates far and wide In Syaa Allah!

Thursday 5 January 2012

Kenapa tak nak beranak kat hospital jer?

Ini untuk menjawab pertanyaan kenapa saya dan suami memilih untuk melahirkan dan menyambut anak sulung kami di rumah dan tidak di hospital seperti kebiasaannya.

1) Saya boleh tunggu sehingga masa yang benar2 sesuai untuk melahirkan anak saya dan mengelakkan prosedur 'induction'/'augmented' labor - di mana doktor dan staf wad bersalin akan menggunakan hormon sintetik (Pitocin) untuk mempercepat proses bersalin dengan meningkatkan kekuatan kontraksi berkali2 ganda. Malangnya penggunaan hormon buatan ini, tidak sesempurna hormon kelahiran, 'Oxytocin' yang telah dibekalkan oleh Allah pada manusia untuk mempermudahkan kelahiran dan memastikan kelansungan spesis manusia.

2) Saya boleh mengelakkan prosedur episiotomi - guntingan serong pada bukaan faraj sebelum kepala bayi muncul untuk membesarkan bukaan dan peralatan seperti forsep dan vakum boleh dimasukkan untuk menarik kepala bayi keluar...malangnya prosedur ini menyebabkan ibu mengalami koyakan besar dan lambat sembuh kerana perlu menjaga dengan baik luka jahitan. Apabila saya bersalin di rumah, saya dapat kebebasan mencuba pelbagai posisi untuk meluaskan bukaan faraj dan tidak perlu cubaan untuk meneran kerana kuasa kontraksi sudah boleh membantu mengeluarkan bayi dari saluran kelahiran.

3) Saya bebas untuk makan, minum dan berehat untuk mengekalkan tahap kecergasan dan tenaga berada di tahap optimal. Saya juga bebas bergerak untuk pergi membuang air kecil dan besar.

4) Suami dan sesiapa yang saya mahukan boleh berada di samping saya pada bila-bila masa untuk memberi sokongan moral dan bantuan lain yang relevan.

5) Saya dapat mengelakkan penggunaan dadah ubatan yang boleh memberikan efek jangka pendek dan panjang pada saya dan juga ada potensi merencatkan pertumbuhan bayi.

6) Sejurus selepas kelahiran saya boleh terus menetek/menyusukan anak saya dan bermesra sebagai satu unit keluarga baru.

7) Saya dapat dihormati sebagai seorang perempuan yang melahirkan dan bukan dilayan seperti seorang pesakit bodoh yang tidak tahu apa2 dan boleh dibuat sesuka hati, dijerkah, ditengking, diherdik dan sebagainya...suasana kelahiran anak saya di rumah adalah terkawal, tenang dan indah dan tidak seperti di hospital yang terasa asing dan layanan staf yang kurang mesra.

3 comments:

  1. hi hayati.. nak tanya lah.. pendaftaran sijil kelahiran baby ada problem tak ek.. means bila tade pengesahan dr. or lps bersalin kat umah still g hosp tuk wat check up ke. saya craving nak wat home birth.. sbb kdg even hosp private pon tak bleh ikut kehendak kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ruhil,

      Insyallah takda masalah sebab homebirth bukan illegal by law kat Malaysia. In fact ada sesetengah Klinik Kesihatan yang akan buat home visits dan juga boleh attend your homebirth especially for those staying in the rural/pedalaman...tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa mereka mungkin tidak dilatih untuk kelahiran alami secara fisiologi, mereka mungking datang dengan peralatan untuk membuat prosedur seperti episiotomy, forcep/vacuum baby dan sebagainya...kalau Ruhil ada birth plan you have to make sure when you interview to choose your obgyn he/she is pro-natural and agree with your plan and not just say okay we do natural but end up on the labor and birth totally follow procedures and performing unnecessary medical interventions...itu sebab kenapa saya pilih untuk bersalin di rumah. Supaya hormon-hormon saya dan badan saya dapat berfungsi secara optimal seperti yang dah di reka cipta oleh Maha Pencipta. Hospital hanya untuk situasi kecemasan dan tiada lagi usaha selain medical intervention untuk selamatkan saya dan bayi. Tapi kebiasaannya prosedur hospital yang menyebabkan keaadaan menjadi cemas...so continue to read and learn about physiological birth mechanism and process so you know what to expect. Insyallah niat yang baik akan dipermudahkan.

      Delete
  2. Salam. Apa prosedur utama yg kita perlu buat lepas homebirth? Kena buat report polis..and then ada lg x? Sy sdg mengumpul maklumat2 penting for my homebirth planning for my 3rd child. Bertuahnya awak dah ada kesedaran since anak first.

    ReplyDelete