Preface

Salam, may peace be with you...I am a BIRTH JUNKIE! And this is my space where I share with you relative information regarding pregnancy and childbirth. This is MY personal space where YOU are welcome to be. All information shared be it in writing or graphic, is MY PERSONAL SHARING based on MY best of knowledge and experience in life. Therefore, it can be changed at any point of time to make it relevant and current. Whatever actions or reactions that YOU may take after being here, are YOUR SOLE RESPONSIBILITY. May this space is blessed by The Creator to be the platform of enlightenment & self development; may waves of positive vibes reverberates far and wide In Syaa Allah!

Wednesday, 4 January 2012

Fitrah kelahiran Akaschah bin Muaaz

Salam pada pembaca dan pengikut blog saya. Kali ini saya akan berkongsi coretan mengenai kelahiran anak lelaki sulung saya pada Ahad 25hb Disember 2011, yang juga merupakan Hari Natal. Untuk pengetahuan semua, saya dan suami telah membuat pilihan bijak untuk menyambut kelahiran anak kami di rumah kediaman kami sendiri berdasarkan pada beberapa sebab yang akan dikongsi kemudian.

Sabtu 24hb Disember, 2011

2.30 pagi

Aku bangun untuk entah kesekian kalinya meluru ke tandas. Sejak kandunganku menjangkau ke minggu-30 dan seterusnya aku selalu terpaksa bangun daripada tidur beberapa kali untuk kencing malam. Tetapi malam ini berlainan benar kerana aku bukan sahaja kencing malah aku buang air besar juga beberapa kali diikuti dengan sisa-sisa ketulan darah seperti permulaan haid. Ini bermakna aku sudah mendapat tanda darah (birth show). Aku pun membersihkan diri dan mandi air panas untuk melegakan rasa sengal-sengal pada bahagian pinggul seperti senggugut tetapi tidak begitu kronik. Kemudian aku sambung tidur.

7.00 pagi

Paginya, aku telefon Madam Wai Han (cikgu yang mengajar kursus kelahiran HypnoBirthing yang kami telah ikuti selama 5 minggu) untuk memberitahu mengenai tanda darah. Aku turut menelefon ibuku untuk memberitahu benda yang sama. Kemudian aku dan suami sama-sama menyiapkan bilik tidur kami untuk menjadi ‘wad bersalin’ sementara. Antara yang kami siapkan adalah kolam kelahiran (birth pool) yang kami beli di Toys R Us yang dipam oleh suamiku dan kemudiannya pada malam harinya diisi dengan air panas. Kami juga memastikan suasana bilik seperti kamar bulan madu dengan lilin aromaterapi (scented candles) berlatarkan muzik irama yang menenangkan supaya dapat menimbulkan suasana romantis dan tenang. Kemudian di waktu petang kami bermesraan (foreplay/nipple stimulation) untuk melancarkan kontraksi dan menggalakkan perembesan hormon kelahiran iaitu, Oxytocin. Lebih kurang jam 6.30 petang suamiku keluar untuk membeli makanan malam dan snek serta minuman untuk jamuan hari lahir anak kami!

7.00 malam

Aku telah memulakan untuk mencatat waktu kontraksi yang telah pun menjadi kerap dan semakin kuat dari masa ke masa. Sementara itu suamiku memasak air panas dan mengganti air yang telah menyejuk dari dalam kolam. Apabila kekerapan kontraksi menjadi berselang antara 3-4 minit, aku mengambil keputusan yang ia sudah sampai masa untuk aku berendam di dalam kolam.

Ahad, 25hb Disember 2011

1.00 pagi

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki dan berendam dalam kolam air panas, aku merasa sangat selesa dan kekuatan dan tekanan daripada kontraksi dapat aku harungi. Aku mengambil cermin dan lampu suluh untuk melihat bukaan bawah. Semakin banyak tanda darah yang keluar seperti selaput dan bendalir darah bercampur dan aku nampak dengan jelas bukaan itu seperti bunga mawar yang sedang menguntum selapis kelopak demi selapis kelopak yang lainnya. Tetapi sehingga ke jam 5-6 pagi baying mahupun kepala anak aku aku masih belum kelihatan di bukaan dan tenaga aku sudah semakin kekurangan. Aku lngsung tidak berasa takut tetapi aku risaukan anak aku berada dalam kedudukan atau posisi yang terhalang untuk dia bergerak turun ke bawah. Walau bagaimanapun naluri keibuan ku kuat mengatakan bayiku baik baik sahaja kerana aku dapat merasakan dia menggeliat geliut dan bergerak gerak di dalam perutku yang sekarang memang sudah banyak turun, menurut kata suamiku. Tetapi selepas Subuh, aku telah menyuruh suamiku untuk menghubungi Wai Han dan menyuruhnya datang segera untuk membantu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan proses kelahiran ini mahupun perkembangan kami samada baik dan sejajar atau tidak berkembang baik.

7.00 pagi

Aku telah pun keluar dari birth pool dan duduk di atas timbunan tilam dan cadar yang memang sudah tersedia sebagai backup plan sekiranya bayi tidak mahu dilahirkan dalam kolam. Aku sudah menjadi lemah longlai kerana telah pun bertahan dengan kekuatan keontraksi selama 12 jam berturut-turut tanpa sebarang ubatan penahan sakit (painkillers). Bahagian pinggang ke pinggul yang aku rasakan sangat perit merengat setiap kali kontraksi datang. Aku telah pun membaca doa Nabi Yunus dalam perut ikan Nun berulang ulang kali dan sudah berfikir-fikir tentang ibu ku, suamiku, dosa lampau dan bermacam-macam lagi. Wai Han sampai tidak lama selepas itu lalu membantuku masuk ke dalam kolam sekali lagi kerana airnya masih panas. Suamiku berehat di luar bilik setelah menemaniku semalaman dan seharian suntuk. Namun dia tidak boleh berehat kerana risaukan keadaan ku dan boleh mendengar suaraku yang menahan kesakitan. Wai Han menjirus air panas ke atas perut ku perlahan –lahan dan setiap kali selesai satu kontraksi dia akna memberiku minum. Aku beberapa kali terlelap. Kemudian apabila air telah menjadi benar-benar sejuk sehingga aku menggigil, kami keluar dan kembali duduk di tilam bawah. Aku tiba-tiba merasakan satu kontraksi yang kuat bakal tiba dan aku berada dalam posisi berdiri dengan sokongan meja solek. Aku menggerakkan pinggul dengan serta merta mengikut arah jam. Ini dilakukan beberapa kali sehingga aku rasa seperti ingin meneran buang air besar. Aku kemudian telah menonggeng dan membenamkan muka ke dalam bantal dan menggenggam bantal itu sekuat-kuatnya untuk mendapat kekuatan untuk bertahan. Suamiku masuk ke dalam bilik ketika itu dan membantuku memberi kata peransang dan semangat serta menghulur air setelah selesai satu kontraksi. Setelah beberapa kontraksi yang kuat aku merasakan saat untuk melahirkan bayi semakin hampir. Wai Han menghulurkan cermin yang diletak di bawah ku supaya aku dapat melihat kepala bayiku yang masih elok berada di dalam kantungnya.

12.00 tengah hari

Beberapa kali kontraksi yang kuat akhirnya aku rasakan nikmat meneran dan ada bendalir panas membasahi kakiku. Anak aku telah selamat disambut ayahnya sendiri dengan sekali kontraksi dan dia keluar dengan air ketuban serta sarung masih di kepalanya seperti ada obor-obor yang menyelimuti mukanya. Dengan pantas aku menyelak dan mengangkatnya ke dada ku serta aku usap-usap dan menggosok gosok badannya dengan penuh kasih. Suamiku menangis kegembiraan yang teramat sangat. Anakku berwarna merah jambu dan menangis dengan begitu kuat menunjukkan paru-parunya kuat. Kemudian dia mencari-cari buah dadaku serta terus diam dan minum. Matanya galak melihat sekeliling. Kami menunggu hampir 2 jam untuk kontraksi kedua bagi mengeluarkan uri. Akhirnya apabila kami bertiga bergerak ke bilik air untuk aku cuba duduk di jamban, uri pun ikut keluar tidak sampai seminit lepas aku duduk. Uri jatuh ke dalam besen tadahan yang telah diletak di bawah tempat duduk jamban. Aku dimandikan dengan air panas oleh Wai Han dan suamiku memnadikan anakku yang telah pun berak buat pertama kali.

Kemudian suamiku memotong tali pusat anaknya dan selamat mengazankan anak aku yang berada di pangkuanku. Kemudian suamiku telah membawa makanan dan minuman panas untuk ku dan kami menghabiskan hari tersebut dengan bermesra kami 3 beranak di atas katil. Wai Han pulang setelah dia dan suamiku mengemas bilik kami.

Setelah makan dan minum, dan menyusukan anakku, aku pergi mandi sekali lagi dan telah dapat berak dan kencing seperti normal. Aku tidak mengalami sebarang luka koyak kerana telah mempraktikkan pernafasan yang diaajar dalam kelas hypnobirthing. Cuma ada bengkak sedikit yang mulai surut pada hari ke3 selepas bersalin. Oleh kerana aku terus menetek anak ku selepas kelahiran, aku tidak mendapat sebarang pendarahan dan rahim ku juga pantas mengecut menurut kata bidan yang mengurut ku semasa dalam pantang.

Apa yang boleh ku katakan adalah aku bersyukur kerana ditemukan dengan ilmu fitrah kelahiran menerusi kursus hypnobirthing dan juga berkat sokongan dan dorongan rakan-rakan ibu di grup FB The Gentle Birthing Group Malaysia. Di grup ini kami sering berkongsi maklumat dan pengalaman untuk mencapai kelahiran bayi secara optimal tanpa memerlukan campur tangan klinikal (medical interventions) dan aku sangat berpuas hati dengan kelahiran anak sulung ku ini. Aku memang menggalakkan mana-mana ibu untuk mempelajari teknik ini dan juga mengikuti grup kami sekiranya anda benar-benar serius untuk memeberikan diri dan anak anda pengalaman kelahiran yang terbaik.

21 comments:

  1. Alhamdulilah selamat semuanya.. hebat jugak kan tp persediaan kene lah rapi dan bersiap sedia. Maybe it's too late to join the class. Keep on praying to the Almighty. Insha'Allah, easy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jannatiah, terima kasih atas komen ^_^ it's never too late kerana ada rakan-rakan ibu mengandung yang lain yang baru berjumpa hypnobirthing pada minggu-minggu terakhir seperti ke-38 atau ke-39 tetapi tekad hati untuk mencuba jugak...saya doakan Jannatiah dapat merasa detik2 kelahiran seperti yang dapat saya sendiri lalui Insyallah semuanya tawakal fisabilillah Allah yang akan tentukan dan kita perlu usaha/ikhtiar... ^_^

      Delete
  2. wow!!!! menariknya pengalaman ni... macam best jer bersalin sendiri without campur tgn klinik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Atieyatiey ^_^
      mmg best dan sangat teruja sebab kami berada dalam suasana yang sangat tenang dan selamat dari hiruk pikuk dan suasana cemas seperti di hospital...saya tidak perlu menurut arahan siapa2 dan bebas untuk menukar posisi atau untuk berbuat apa sahaja bagi memastikan saya tidak hilang fokus dan mampu mengekalkan tahap tenaga dengan makan dan minum dan berehat mengikut keselesaan dan kehendak saya dibantu oleh suami...

      Delete
  3. Tahniah atas kelahiran Akaschah bin Muaaz! Syukur Alhamduliah anda selamat melahirkan secara normal. Saya mmg plan utk bersalin dirumah dan telah mengambil intensive course dgn Pn Nadine. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your kind wishes and congratulations on choosing the hypnobirthing Madam! ^_^ Saya harap Puan dapat mencapai pengalaman kelahiran yang optimum ^_^ All the best in achieving your gentle unhindered physiological birth!

      Delete
  4. Cool.Awak memang hebat. Saya tak pernah terfikir adaorang akan buat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fatin, bukan saya yang hebat tetapi KUASA ALLAH yang MAHA HEBAT kerana DIA mencipta kita wanita sesempurna makhluk yang boleh melahirkan bayi secara normal...kita mmg sudah melahirkan dari azali zaman nabi zaman gua lagi zaman tok kadok nenek moyang memang melahirkan di rumah...bila orang putih menjajah baru kita melahirkan di hospital... ^_^

      Delete
  5. Yatt, I just read ur Unassisted Homebirth Story... n feel so touched...sesunguhnya kuasa Allah memang tiada tandingnya..Allahhu Akbar! Can't wait to meet u and share all your story again live face to face...miss u dear...take care! hug n kisses for baby akaschah.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lond...biler nak jumpa neh Live neh? haha...ya betul...Allah is The Master Planner...just put our faith in Him...Subhanallah...and also kena belajar dan bertanggungjawab atas diri kita dan juga keluarga kita, terutama anak kita...tak perlu bergantung 100% pada orang lain...nantilah cerita face-to-face lagi sedap, kan kan kan? ^_^

      Delete
  6. terbaik~! sgt menakjubkan..xpenah terpikir sye, masih ada org yg melahirkan anak d'rumah..cam zaman tok & moyang kite dulu2 lak..pe2 pon..awak sungguh berani ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shila...sebenarnya ramai lagi yang lagi muda, sebaya, lagi tua dan berpengalaman buruk bersalin di hospital yang masih lagi menyokong pergerakan bersalin di rumah...kalau nak diikutkan beranak kat mana2 pon mesti ada keberanian dan tawakal pada Allah...zaman tok moyang kita yang untung pasal dia dapat bersalin dan sambut anak dia sendiri...hormon dia pon tak terganggu dek drugs and whatnot...the key here is education...semoga lebih ramai yang terbuka hati, mata dan minda untuk belajar ilmu melahirkan anak dan keibubapaan... ^_^

      Delete
    2. salam... the story really impressed me...tp nk tau what happened next after birthinhg....boleh x bg fb ke ? skan saya 34 weeks.inat nk proceed hypnobirthing.tp cam xsempat nk g class je..huhuh

      Delete
    3. Salam Wawa,

      Sorry dah lama tak bukak blog al maklum baru masuk keje...tapi tengok tarik confirm2 mesti dah bersalin kan? Just for the benefit of those who are reading, Hypnobirthing course nih ader yg boleh customized buat intensive class 2 hari instead of the usual 5 Saturdays/weekends...tapi kena tanya instructor masing-masing...tapi kalau rasa dengan bacaan sendiri boleh faham dan tengok YouTube boleh amalkan the breathing techniques then attending a class is not necessary...but I do encourage fathers/husbands to attend hypnobirthing classes they need it more than we do so that they know what to expect and what to do to help during labor and birthing and expecially post-birthing...Wawa saya harap urusan awak bersalin dipermudah ^_^

      Delete
  7. Best nye... yg paling best suami sendr yg sambut baby... nak tanye la anis tu baby awk tak amik aper2 vaksin la yea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tie...

      Vaccination is another thing you need to read and learn about...masalah dengan komuniti kita sekarang adalah kita tak berapa ada kesedaran atau tahu bagaimana atau di mana nak belajar lebih lanjut tentang kesihatan dan nutrisi. Benda yang belajar masa kat sekolah dah obsolete atau ketinggalan zaman...saya cadangkan kita semua mesti belajar pasal apa efek2 pemakanan dan juga vaksinasi pada sistem imun kita...join group-group Facebook seperti Natural Parenting and Living Loft and also My Helthy Unvaccinated Babies to learn more about vaccine risks vs benefits...disebabkan bacaan dan kajian serta pemahaman saya mengenai isu vaksinasi saya mengambil keputusan berhikmah untuk tidak memvaksinasi anak saya. Saya sarankan awak buat kajian sendiri dahulu dan pertimbangkan keputusan awak sendiri samada awak ingin teruskan memvaksin atau tidak anak awak. Saya tak boleh menggalak atua menghalang pemvaksinan atau tidak memvaksin anak-anak melainkan untuk anak saya. Insyallah semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk terbaik buat kita semua dengan hasil usaha kita sendiri.

      Delete
    2. boleh bg link group x? minat nk join

      Delete
    3. Salam bagi yang berminat untuk belajar pasal gentle undisturbed physiological birth sila ke The Gentle Birthing Group Malaysia. ^_^ Selamat membaca!

      Delete
  8. salam sis,sya anak 1st dan 2nd czer.ada peluang x utk sya bersalin normal dan secara alami atau dpt bersalin seperti sis?hmmm..mohon pendapt.

    ReplyDelete
  9. Saya pesakit spinal muscular atrophy, sedang pregnant dua bulan lebih..bercadang menggunakan kaedah hypnobirthing n Water birth...sgt2 teringin utk melahirkan di rumah sebab takut episiotomy n prosedur lain yg menyeramkan...tp takut xdpt sokongan sebab saya oku mcm ni..nk tany mcm mana awak daftarkan my kid baby n mcm mana menimbang berat baby ?

    ReplyDelete
  10. saya terjumpe blog bila search ttg prosedur homebirth. Banyak maklumat dan perkongsian berguna di sini. Ada masa update lg ye.sy nak baca :)

    ReplyDelete