Preface

Salam, may peace be with you...I am a BIRTH JUNKIE! And this is my space where I share with you relative information regarding pregnancy and childbirth. This is MY personal space where YOU are welcome to be. All information shared be it in writing or graphic, is MY PERSONAL SHARING based on MY best of knowledge and experience in life. Therefore, it can be changed at any point of time to make it relevant and current. Whatever actions or reactions that YOU may take after being here, are YOUR SOLE RESPONSIBILITY. May this space is blessed by The Creator to be the platform of enlightenment & self development; may waves of positive vibes reverberates far and wide In Syaa Allah!

Sunday, 11 November 2012

Lahirnya Puteri Pelangi...

Atas nama Tuhan Maha Pencipta dan Maha Penyayang yang telah merahmati dan memberkati kehidupan kami sekeluarga...


Saya ingin berkongsi kisah kelahiran anak kedua pula kali ini...puteri kami yang kami terima pada Isnin, 5hb November 2012 tempohari; 11 bulan selepas kami menerima kehadiran putera sulung kami pada Hari Natal tahun 2011. Kedua-dua mereka dilahirkan di rumah (ini dibuat berdasarkan pilihan bermaklumat informed decision berpandukan pada ilmu yang telah kami tuntut melalui kelas HypnoBirthing dan juga bacaan sendiri) bebas dari sebarang intervensi perubatan yang tidak munasabah dan hanya mengganggu proses kelahiran secara fitrah manusia sepertimana sempurna yang telah Allah kurniakan pada kaum Adam dan Hawa.

Jumaat, 2hb November 2012

Saya telah singgah di pejabat walaupun mendapat MC/pelepasan cuti sakit selama seminggu untuk last minute task handover dan juga kerana saya semakin renyah duduk di rumah. Tarikh jangkaan bersalin adalah pada hujung minggu ini samada Sabtu atau Ahad. Tapi sebenarnya saya berdoa semoga puteri saya lahir sebelum subuh Isnin sebab saya pun lahir pada hari Isnin. Manakala putera kami lahir pada hari Ahad sama seperti Ayah nya. ^_^ Setelah habis waktu pejabat saya singgah di Curve Mutiara Damansara untuk membeli beberapa barang sebagai persiapan untuk menyambut puteri kami nanti. Sekembali daripada shopping sakan, saya singgah di rumah ibu untuk mengambil anak sulung dari jagaan nya. Saya ke tandas dan dapati mucuous plug dislodged (seperti keputihan yang pekat dan texture seperti jelly like substance). Tapi rengat kontraksi masih belum saya rasakan. Cuma sejak bulan ke-8 saya merasakan warm up labor contractions or Braxton Hicks semakin kerap dan panjang tapi manageable with deep breathing practice.

Isnin, 5hb November 2012

Jam 2 pagi lebih...
Saya terjaga dari tidur kerana merasa satu kontraksi...mimpi atau betul betul kontraksi..saya buka mata untuk pastikan dan sempat menjeling waktu (jam 2 lebih)...sekali lagi rasa yang sama datang...saya ambil nafas dalam dalam...saya bangun dengan bersusah payah (perut kali ini memang lebih besar menurut doktor air ketuban saya banyak) dan menuju ke bilik air. lagi banyak keputihan yang pekat dan berlendir keluar.

Alhamdulillah...terdetik di hati syukur kerana allah mendengar dan memakbulkan doa saya untuk melahirkan puteri saya tepat pada masanya dan tidak overdue...

Saya keluar dari bilik mandi dan menuju ke suami dan mengejutkannya...

"Ayah, dah start dah ni...dah keluar lendir dah pun...baik siapkan pool...macam cepat jer"

Suami saya mengangguk, terus sambung tidur. Putera sulung kami, 10 bulan, lena di sebelahnya. Saya terus membuat persiapan yang patut. Sambil itu kontraksi datang dan setiap kali datang saya berhenti dan membuat spiralling/hip swirl like the belly dancing (sangat selesa dilakukan dalam posisi berdiri, membantu bersama dengan kuasa graviti untuk memudahkan bayi dalam bergerak melalui birth canal). Saya dah bersedia, kekerapan kontraksi dan kekuatan semakin meningkat naik dan suami saya masih tidur. Saya duduk di sisi dan semasa satu kontraksi saya telah mencengkam betisnya. Terus terjaga dan dia faham tanda itu, lalu bangun dan siapkan alas kering/dry pad for me to labor on. Kemudian dia bergegas turun setelah siapkan system sifon untuk menyalurkan air panas yang konsisten ke dalam kiddy pool yang telah diletakkan di hadapan bilik mandi untuk dijadikan birth pool. Rupanya dia perlu ke tandas kerana sakit perut. Lama saya rasakan untuk menunggu dia menemani saya melalui setiap kontraksi yang sekarang semakin bertenaga dan berkuasa. Sehingga saya duduk menonggeng atas lapik kering di tepi kolam sambil memeluk fit ball dan rock back and forth during each surge. Kali ini saya masih membaca doa nabi dalam perut ikan :

Laa ila ha illa anta, subhanaka inni kuntum minaz zolimin

Dan saya juga mengucapkan:

Ya Allah aku bersyukur, lindungilah aku dan anak ku dalam kelahiran ini, Ya Allah, Subhanallah..MasyaAllah… berulang-ulang kali (sebab saya mahu tenang dan damai juga sebab kalau mulut saya ringan berzikir dan berdoa saya akan fokus sambil itu pernafasan akan lebih teratur dan memudahkan saya mengharungi kontraksi yang bertubi-tubi…lagipun saya mahu mengelak dari mengeluh dan merungut tentang rasa tidak selesa kerana ia akan lebih memudaratkan dan menambahkan sensasi itu)

Kemudiannya, suami saya pun masuk kembali ke kamar peraduan semasa saya sedang mengharungi satu kontraksi. Kali ini rasa ngilu dan seperti lenguh terutama merengat di pinggul dan tepi peha. Dia duduk di hadapan dan mengusap dan membelai lembut tangan saya. Saya menangis merengek pula kali ini…kali pertama lain pulak peel…suami layankan sahaja walaupun cubaan untuk menenangkan saya seperti tak kena membuatkan dia kena marah itu dan ini...tapi kemudiannya suara suami buat saya tenang dan dia pun ingatkan saya untuk bernafas dalam2 dan panjang, juga untuk minum air dan he kept on encouraging me and saying positive affirmations which makes me feel good… Sekali lagi kontraksi datang bersama bearing down sensation/rasa nak berak/push, membuatkan saya sudah mula bertambah tak keruan sebab sela masa yang begitu pantas walaupun kali ini saya tidak time my contractions…Saya mula meninggi suara dan bertambah vocal lalu anak sulung saya terkejut dari lena dan menangis melihat saya dalam keadaan itu…suami bangun dan mengambil anak saya duduk di riba/pangkuannya…

“Sayang ibu, gosok tangan ibu, kesian ibu…adik dah nak sampai...tak lama lagi adik sampai…kita tolong ibu yer…”

Anak saya macam faham dan dia diam sambil melihat saya, tangan dia dan ayah mengusap2 tangan saya…setiap kali kontraksi :

“Ayah, adik tolong ibu, adik cepat lah keluar…ayah bila adik nak keluar ni? bila boleh masuk dalam pool???”

Tiba-tiba, kami dengar bunyi POP! Dan saya rasa betis saya basah dan panas…

Air ketuban pecah!!!…oh my god she’s coming in the next few surges…terdetik di fikiran saya…

Saya tunggu kontraksi beransur pergi, dan bangun menuju ke kolam dan terus masuk dan duduk di dalamnya.Paras air sangat selesa cukup setakat pinggang dan suhu sangat2 membantu membuat saya selesa…it felt really warm and nice, the water is heavenly…saya rasakan satu lagi kontraksi dan it’s crowning time???cepatnya…MasyaAllah…no ring of fire, no sensation, no pain, only pleasure like when you are about to orgasm…now I get it about Orgasmic Birth…Saya rasa kepala anak saya penuh dengan rambut, saya dapat rasa the whole head is out (tak nampak sebab perut besar, dan saya dalam posisi seperti proposal, on knee and foot). Tunggu untuk lagi satu kontraksi…

“Sayang, ibu…I am so proud of you…you are doing so great, adik is coming…Abang adik is coming…lagi sikit jer…”

“Ayah, she’s coming ayah…the next one and she’ll be out…oooh baby, I can feel you, cepat adik datang, Ibu dengan ayah dengan abang dah tunggu…”

Satu lagi kontraksi, dan saya rasakan the whole body just easily slid out from under me…saya tengok bawah dan she looked so lovely underwater, wajah bulat, badannya berisi, berketak2 dan saya terus mendukungnya keluar daripada dalam air dan naik terus letak di dada…dan saya terus bersandar dekat dengan suami dan anak…anak saya terus gelak dan dia terus tarik rambut adik dia yang lebat dan cucuk hidung adik sambil ketawa dan tengok reaksi suami saya…puteri kami lahir dalam keadaan dia masih tidur dan belum terjaga tapi setelah dicuit abang terus dia menangis tapi sekejap sahaja sebagai tanda protes lalu kembali tidur…saya gosok gosok seluruh badan bagi lancer perjalanan darah dan menunggu untuk melahirkan uri pula…setelah saya menyusukannya (masih di kolam dan air masih panas dan sangat2 selesa) akhirnya uri/placenta keluar setelah menunggu hampir 2 jam…waktu kelahiran suami saya sahkan 4.50am…tak lama lepas puteri kami lahir bang pertama pun berkemundang di masjid berdekatan…setelah uri selamat dilahirkan, saya serahkan bayi pada suami untuk di bang kan dan saya terus mandi air panas untuk segarkan badan…


Alhamdulillah syukur hajat kelahiran kali ini untuk planned home waterbirth tercapai dengan lancer berkat doa dan usaha kami. Semoga keluarga lain dapat juga merasakan betapa mudah dan nikmat melahirkan tanpa gangguan dan ikut naluri dan fitrah manusia.